WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mempengerusikan satu mesyuarat khas hari ini berhubung rancangan pasca perang untuk Gaza, kata utusan beliau, Steve Witkoff semalam.
“Kami akan mengadakan mesyuarat besar di White House esok (hari ini) yang dipengerusikan oleh Presiden.
“Ia adalah satu rancangan menyeluruh yang sedang kami susun untuk dibentangkan pada keesokan harinya,” kata Witkoff dalam wawancara bersama saluran berita Fox News tanpa memberikan butiran lanjut.
Beliau berkata demikian selepas ditanya sekiranya terdapat rancangan sehari selepas perang Israel di berakhir.
Trump mengejutkan dunia awal tahun ini apabila beliau mencadangkan agar AS mengambil alih Semenanjung Gaza, mengusir dua juta penduduknya dan membina hartanah tepi laut.
Trump berkata, AS akan membersihkan runtuhan dan bom yang belum meletup serta menjadikan Gaza sebagai Riviera Asia Barat. – AFP