fbpx
Wan Jamal (tiga dari kanan) menunjukkan sebuah treler membawa beras Siam yang ditahan pada sidang akhbar di Cawangan Penguat Kuasa JKDM Rantau Panjang, Rantau Panjang hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

6 treler ditahan, tak sempat bawa beras seludup ke Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup sebanyak 173.3 tan metrik beras dari Thailand ke Lembah Klang selepas menahan enam buah treler di Pasir Mas dan Tanah Merah dalam masa dua minggu.

Enam buah treler yang membawa 3,467 guni beras bernilai RM665,763 termasuk cukai itu ditahan di kedua-dua daerah berkenaan dalam beberapa serbuan bermula 29 Julai hingga 11 Ogos lalu.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, siasatan awal mendapati, sindiket dikesan memindahkan beras dari bot ke lori kecil sebelum dibawa dengan treler dari kawasan pangkalan haram untuk dihantar ke Lembah Klang.

Menurutnya, serbuan pertama melibatkan rampasan beras seberat 23 tan metrik dengan nilai rampasan berjumlah RM62,100 di Kampung Nibong, Jalan Jakar, Bukit Bunga di Tanah Merah pada 29 Julai lalu.

“Selepas itu, sebanyak 45 tan metrik beras dirampas di Kampung Telaga Bijih ,Tanah Merah pada hari sama. Satu lagi serbuan di Tanah Merah dijalankan pada 5 Ogos lalu melibatkan rampasan 39.95 tan metrik beras di Kampung Belimbing.

“Serbuan keempat pada 6 Ogos dijalankan di Jalan Bukit Panau, Tanah Merah membabitkan rampasan 40.30 tan, manakala 25.10 tan metrik pula dirampas di Jalan Bukit Tunku, Pasir Mas pada 11 Ogos lalu,” katanya pada sidang akhbar di Cawangan Penguat Kuasa JKDM Rantau Panjang di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam berkata, seramai enam pemandu dan kelindan ditahan bagi membantu siasatan. Jumlah keseluruhan rampasan termasuk beras dan treler yang digunakan dianggarkan RM2.04 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI