fbpx
Anwar ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Nasional di Mildef, Sendayan, hari ini.

Perkukuh industri pertahanan tempatan, seru tatakelola dan ketelusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh industri pertahanan tempatan dengan menekankan keperluan kepada tadbir urus yang baik, ketelusan serta kawalan kos dalam semua urusan perolehan aset ketenteraan.

Beliau berkata, kehadirannya dalam satu majlis melibatkan Mildef International Technologies Sdn. Bhd. (Mildef) adalah kerana keprihatinannya terhadap usaha pembangunan kereta perisai tempatan khususnya bagi misi ketenteraan Malaysia di Lebanon.

“Saya setuju hadir kerana saya ambil tahu, dan bila ada kapal perisai, tank yang diperoleh oleh pasukan kita untuk ke Lebanon, ini menunjukkan kemampuan tempatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Nasional di Sendayan di sini hari ini.

Perdana Menteri turut memaklumkan mengenai perbincangan bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang membuka ruang kepada kerjasama dua hala dalam sektor pertahanan.

“Beliau agak senang supaya ada satu kerjasama supaya Indonesia boleh memanfaatkan daripada pengeluaran Mildef, di samping itu, kita juga kaji apa-apa yang boleh kita manfaatkan daripada pengeluaran Indonesia,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau juga menyatakan keperluan untuk menamatkan amalan lama yang merugikan, termasuk komisen berlebihan yang sering membebankan belanjawan pertahanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI