fbpx
Amir ketika sesi sidang media pada program “Denyut Nadi Merdeka”: Rapid KL Hidupkan Semangat Bulan Kebangsaan 2025 di Stesen LRT Pasar Seni hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

Lebih 5,000 petugas Rapid KL digerakkan sempena Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Rapid KL menggerakkan lebih 5,000 kakitangan barisan hadapan bagi memastikan kelancaran operasi perkhidmatan pengangkutan awam sepanjang sambutan Ambang Merdeka dan Hari Kebangsaan 2025.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Prasarana Integrated Development Sdn. Bhd., Amir Hamdan, pihaknya telah bersedia sepenuhnya dengan menambah baik persiapan berdasarkan pengalaman operasi 24 jam tahun lalu.

Katanya, seramai 5,000 petugas akan ditempatkan di lokasi strategik bagi membantu perjalanan orang ramai yang ingin menyertai acara sambutan di Putrajaya.

“Pengalaman operasi 24 jam sebelum ini menjadi rujukan penting untuk kami menambah baik persiapan tahun ini. Kami yakin perkhidmatan akan berjalan lancar dan selamat.

“Harapan kami agar rakyat Malaysia dapat manfaatkan kemudahan ini, hadir beramai-ramai, dan sama-sama menghayati semangat kemerdekaan dalam suasana penuh muhibah,” katanya
pada majlis Perasmian Peluncuran Denyut Nadi Merdeka dan Pengumuman Operasi Rapid KL Sempena Merdeka di Hab Bas Pasar Seni, di sini hari ini.

Sebanyak 86 laluan membabitkan 235 buah bas akan beroperasi pada malam Ambang Merdeka, manakala pada 31 Ogos, jumlahnya ditingkatkan kepada 100 laluan dengan 308 buah bas.

Selain itu, sebanyak 20 van Rapid On-Demand (ROD) turut disediakan meliputi lima zon dari Stesen Putrajaya Sentral dan satu zon di Daerah Pusat Perniagaan, dengan kadar tambang serendah RM1 melalui aplikasi MyRapid PULSE.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI