fbpx
emain KRW, Azuan Muda (kiri) melepas rembatan ke gawang UM-Damansara pada aksi Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

Liga A1: Kelantan Red Warriors, UM Damansara seri 1-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW) terpaksa berpuas hati apabila hanya mampu berkongsi satu mata dengan UM-Damansara United (UM-Damansara) selepas terikat 1-1 pada aksi Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Perlawanan bermula seimbang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan menguji gawang masing-masing sebaik sahaja wisel permulaan ditiup.

UM-Damansara berjaya membuka jaringan melalui rembatan dari luar kotak penalti Mohamad Syahir Abdul Rahman pada minit ke-31.

Bermula babak kedua, KRW terpaksa berhempas pulas untuk mencari gol penyamaan, namun terus berdepan kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan pasukan pelawat.

Kerja keras KRW akhirnya membuahkan hasil apabila Arham Khussyairi memanfaatkan peluang tercipta hasil sepakan penjuru untuk menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-87.

Gol berkenaan membangkitkan semangat tuan rumah untuk menggandakan usaha mencari kemenangan, namun tiupan panjang wisel penamat menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI