fbpx
Toni (kiri) pada majlis pelancaran muzik video baharu bersempena hari kemerdekaan.

Kerjasama CIMB, Aman RA hasilkan muzim video Bangun, Kita Bagi Jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  CIMB Bank Berhad (CIMB) telah bekerjasama dengan penyanyi rap terkenal, Aman RA untuk menerbitkan satu muzik video baharu, Bangun, Kita Bagi Jadi bagi menunjukkan komitmen berterusan bank untuk memperkasa bakat Malaysia dalam bidang budaya dan seni.

Inisiatif yang dilakukan bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-68 tahun ini, menunjukkan  gerakan sosial gerakan bank demi menyemai dan memupuk semangat ketahanan, optimisme dan nilai positif dalam kalangan rakyat.

Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Kumpulan CIMB Group, Toni Darusman berkata, membikinan semula lagu Bangun iaitu nukilan penyanyi rap berkenaan bertujuan untuk merayakan semangat ketahanan dalam kalangan rakyat , mencerminkan nilai-nilai kempen sekali gus menjadikan beliau rakan kerjasama terbaik untuk versi terbaharu lagu berkenaan.

“Muzik video itu dihidupkan dengan gandingan unik antara Aman RA dan Olimpian Datuk Azizulhasni Awang, yang mana perjalanan peribadi mereka melambangkan daya tahan dan harapan.

“Video itu menampilkan kisah bermakna rakyat daripada segenap lapisan
masyarakat termasuk usahawan, artis muda dan pelajar yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran peribadi dan menerima impak positif daripada pelbagai program dan produk CIMB,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, CIMB Artober adalah  platform untuk budaya dan seni dan kini telah berkembang menjadi platform perniagaan berdaya saing dalam landskap seni Malaysia.

Inisiatif ini menyediakan artis dan usahawan tempatan dan serantau dengan platform untuk mempamerkan karya mereka, berhubung dengan khalayak yang lebih luas serta memperkasakan ekonomi artis dan pereka tempatan, dengan lebih RM20 juta hasil jualan telah dijana memanfaatkan lebih 100 artis setakat ini.

ebagai pengiktirafan terhadap sumbangan CIMB Artober kepada ekonomi kreatif negara, acara tahun ini telah diiktiraf sebagai program rasmi Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN 2025, sekali gus memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pertukaran budaya dan kreatif di rantau ini.

CIMB Artober kembali antara 26 dan 28 September 2025 menampilkan lebih 20 galeri dari Malaysia dan serantau, mempamerkan karya oleh lebih 100 artis. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI