fbpx
GASLY rela menerima hakikat pasukan di tangga tercorot demi kejayaan lebih besar pada musim depan. - AFP

Gasly berkorban demi kebangkitan Alpine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Alpine kini menghuni tangga tercorot kejuaraan dunia Formula Satu (F1), namun Pierre Gasly optimis masa depan pasukan itu bakal berubah seiring perancangan besar menjelang musim 2026.

Sepanjang 14 perlumbaan musim ini, Alpine hanya mengutip mata dalam empat Grand Prix (GP) dengan Gasly menjadi satu-satunya penyumbang sebanyak 20 mata.

Ia sekali gus menunjukkan kemerosotan mendadak berbanding musim lalu apabila mereka menamatkan saingan di tempat keenam dan meraih podium berganda di Brazil.

Situasi bertambah rumit selepas Jack Doohan digugurkan daripada kerusi pemandu selepas enam perlumbaan, diganti Franco Colapinto yang turut gagal menyumbang sebarang mata.

Alpina juga kehilangan ketua pasukan, Olives Oakes sejak Mei lalu menyebabkan struktur pengurusan kelihatan rapuh.

Namun, Gasly menegaskan kelemahan semasa tidak menggambarkan keupayaan sebenar Alpine yang kini menumpukan persiapan untuk peraturan baharu F1 bermula 2026.

“Realitinya musim ini memang sukar diubah. Sama ada kedudukan kelapan, kesembilan atau ke-10, ia tetap seperti tiada makna.

“Saya sanggup jika pengorbanan ini mampu memberi kami kereta untuk bertarung merebut podium, kemenangan dan kedudukan lima terbaik musim depan. Bagi saya itu lebih berbaloi,” tambah pemandu Perancis berusia 28 tahun itu.

Alpine dijangka berwajah baharu tahun depan dengan penggunaan enjin Mercedes selepas Renault menghentikan program enjinnya selain kemasukan Steven Nielsen sebagai pengurus pasukan bermula 1 September.

Nielsen yang pernah menjadi Pengarah Sukan Renault ketika Fernando Alonso menjuarai F1 pada 2005 dan 2006 serta berpengalaman bersama Honda, Williams, Toro Rosso, FIA serta FOM, diyakini Gasly mampu membawa hala tuju jangka panjang buat Alpine. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI