fbpx
Pearl memecahkan rekod sebagai ayam tertua di dunia. - Instagram

Pearl ayam tertua di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DENTON, TEXAS – Seekor ayam dari negeri Texas menempa nama dalam Guinness World Records sebagai ayam tertua di dunia, lapor agensi berita United Press International.

Dinamakan Pearl, ayam itu mencatatkan rekod dunia pada usia 14 tahun dan 69 hari.

Pemilik haiwan ternakan tersebut, Sonya Hull berkata, Pearl menetas di dalam mesin inkubator miliknya pada 13 Mac 2011.

“Pearl mengatasi segala rintangan kerana kebanyakan ayam secara purata, hidup antara lima hingga lapan tahun,” kata Hull.

Usia Pearl yang semakin tua menyebabkan pergerakannya terhad dan ia gemar menghabiskan masa bersendirian di bilik dobi pemiliknya.

Tambah Hull, Pearl berjaya menghasilkan sebiji telur selepas ayam tersebut menerima pengiktirafan Guinness World Records pada 22 Mei lalu.

Ayam hidup tertua sebelum ini dicatatkan oleh Peanut dari negeri Illinois, namun rekod itu diatasi oleh Pearl selepas Peanut mati pada 25 Disember 2023. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN