fbpx
Antara kenderaan yang disita dalam operasi terbabit.

Pandu Porsche tapi lupa perbaharui cukai jalan, insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sebanyak 10 pemilik kenderaan mewah di negeri ini dikesan culas memperbaharui cukai jalan dan insurans sehingga dikenakan tindakan sitaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Jumlah itu direkodkan sejak Januari hingga awal bulan Ogos tahun ini dengan terbaharu melibatkan kereta mewah jenama Porsche Taycan milik ahli perniagaan wanita berusia 36 tahun yang ditahan dalam operasi di sini semalam.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kenderaan mewah lain yang disita atas kesalahan sama termasuk Mini Cooper Countryman, Tesla, Toyota Alphard dan kebanyakannya adalah kereta mewah Continental.

“Antara alasan yang diberikan pemilik kenderaan mewah berkenaan adalah ‘lupa’ yang mana ingin ditegaskan bahawa alasan sebegini tidak boleh diterima, malah siasatan mendapati mereka memandu atas jalan raya tanpa cukai jalan dan insurans dalam tempoh satu ke dua tahun.

“JPJ memandang serius perbuatan ini kerana boleh menimbulkan risiko besar kepada keselamatan awam, terutamanya jika kenderaan tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan rekod penguatkuasaan JPJ Negeri Sembilan bagi tempoh Januari sehingga Julai 2025, sebanyak 10,435 kesalahan dikesan melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan 7,891 kes tiada perlindungan insurans yang telah dikenakan tindakan sitaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN