PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan.
Menurut kenyataan dikeluarkan SPRM, lelaki tersebut, Ang Eng Leng, 49, mempunyai alamat terakhir di Tower B-23A-07, Residensi Skyluxe, No.6, Jalan Jalil Perkasa 1, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
“Manakala, wanita berkenaan iaitu Rasnah Majuan, 50, mempunyai alamat terakhir di Kampung Tanjung Kapur di Kudat, Sabah.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Eng Lee diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sharifah Nuraini Syed Ibrahim di talian 06-2896000 atau 019-7849821 atau email kepada [email protected].
“Bagi kes melibatkan Rasnah pula, mereka diminta menghubungi pegawai penyiasat, Ahmad Aslam Selamat di talian 088-488381 atau email kepada [email protected],” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE