fbpx
Beginilah keadaan Tasik Bukit Merah selepas menerima hujan hasil pembenihan awan di Taiping semalam.

Hujan tiruan belum mampu penuhkan air tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Pembenihan awan kelmarin berjaya menghasilkan hujan di beberapa kawasan termasuk Kuala Kangsar dan Tasik Bukit Merah di sini, namun masih belum cukup untuk melakukan aktiviti air di kawasan tumpuan seperti Bukit Merah Laketown Resort.

Tinjauan mendapati, penduduk lega apabila beberapa tempat yang sebelum ini kering kontang sudah mula berair.

Bagaimanapun, mereka berharap agar usaha pembenihan awan dilakukan berterusan untuk beberapa hari kerana cuaca kembali panas.

Zuki Noh, 59, berkata, cuaca panas akan menyekat impak hujan kelmarin.

“Harap pembenihan awam boleh diteruskan lagi. Hari ini sudah panas terik semula,” katanya.

Tasik Bukit Merah ketika ini surut sehingga menyebabkan rumput tumbuh di dasar tasik itu yang kering.

Sementara itu, Norli Mohd. Nor, 50, berkata, Tasik Bukit Merah akan kembali stabil jika hujan dapat turun selama empat hingga lima hari berturut-turut.

“Semalam (kelmarin) hujan, hari ini (semalam) kembali panas terik. Mungkin perlu hujan berterusan untuk beberapa hari dalam seminggu ini,” katanya.

Seorang nelayan, Mohd. Naufal Mohd. Adlan, 35, juga gembira dengan hujan lebat berkenaan dan yakin keadaan akan kembali stabil pada September ini akibat perubahan musim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI