fbpx
Anwar merasmikan Program Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) 2025 di MITEC, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID KOSMO!

‘Apa kaitan Amerika? Kaitannya nak selamatkan puluhan ribu pekerja kita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kadar timbal balik Amerika Syarikat (AS) daripada 25 kepada 19 peratus membuktikan negara memerlukan kepimpinan yang bukan sahaja cekap dalam mengurus hal ehwal dalam negeri, bahkan mampu menangani isu antarabangsa secara berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurangan tarif itu adalah hasil rundingan diplomatik yang memberi manfaat besar buat ekonomi negara khususnya dalam sektor eksport berteknologi tinggi.

“Tarif 25 peratus yang merunsingkan kita diturunkan kepada 19 peratus. Kalau tinggi, (beri) kesan kepada ekonomi kita. Kita (Malaysia) hab semikonduktor, produk elektrik dan elektronik (E&E). Semikonduktor, Alhamdulillah tidak termasuk tarif.

“Sebab mengapa pimpinan kita harus ada keupayaan kendali negara, tapi juga antarabangsa. Ada orang tanya, apa kaitan dengan AS?

“Kaitannya nak selamatkan puluhan ribu pekerja kita, dapatkan habuan hasil percukaian tinggi supaya boleh pulangkan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Karnival Mega 3 Dimensi 2025 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Anwar berkata, kemampuan Kerajaan Madani menyelesaikan isu tarif membuktikan bahawa diplomasi ekonomi yang dijalankan berpaksikan kebijaksanaan dan kepentingan negara, bukan sekadar retorik politik.

“Hendak bercakap boleh, hendak kritik pun boleh. Tapi kita mesti ingat, kita ada tanggungjawab untuk mengangkat martabat negara ini sebagai negara hebat.

“Kita ada amanah, kita kena pikul bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI