fbpx
Ibu bapa Wei Kian merayu pihak berwajib menyelamatkan anaknya selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Kemboja. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

Bapa buntu anak ‘ghaib’ selepas ikut majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga buntu memikirkan nasib anak lelaki mereka yang hilang tanpa khabar hampir setahun lalu selepas dipercayai mengikut majikannya ke luar negara untuk bekerja.

Lee Yat Seng, 60, berkata, anak lelakinya, Lee Wei Kian keluar dari rumah pada Ogos tahun lalu dan tidak pulang sehingga ke hari ini.

“Tidak lama selepas itu, saya terima panggilan daripada anak melalui WeChat yang mahu meminjam RM100,000, namun saya tidak memberikan wang tersebut.

“Sejak itu, saya sekeluargagagal menghubungi Wei Kian dan sehingga kini tidak tahu di mana dia berada,” katanya pada sidang akhbar anjuran Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), di sini hari ini.

Menurut Yat Seng, kali terakhir mereka berhubung pada bulan lalu apabila anak lelakinya itu meminta supaya membawanya pulang ke tanah air.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya sedang menjejaki lokasi yang diberikan mangsa bagi mengesan kedudukannya di Kemboja.

“Dia ada beri koordinat lokasi pada 17 Julai lalu dan kita sedang berusaha mencarinya. Kalau betul dia berada di Kemboja, peluang untuk membawanya pulang sangat tinggi dengan bantuan pihak berkuasa negara itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN