fbpx
LING CHING (tengah) ditemu bual pemberita setelah tiba di KLIA dari Jerman malam kelmarin. - SUKAN IPT

Bertarung dalam sakit masih raih gangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching tetap menyerlah di pentas Sukan Universiti Dunia (WUG) di Rhine-Ruhr, Jerman apabila menghadiahkan satu-satunya pingat badminton negara, meskipun turun beraksi dalam keadaan tidak cergas sepenuhnya.

Pemain berusia 21 tahun itu meraih pingat gangsa selepas mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada wakil Thailand, Tidapron Kleebyeesun 16-14, 5-15, 13-15 dalam pertembungan sengit pada Jumaat lalu.

Ling Ching mengakui tidak berpuas hati sepenuhnya dengan pencapaian tersebut kerana percaya dirinya mampu mempamerkan prestasi lebih baik jika tidak dibelenggu kecederaan pergelangan tangan kanan dialami sebelum kejohanan bermula.

“Sebelum kejohanan, saya cedera di pergelangan tangan kanan (muscle tear). Jadi persiapan saya memang tidak 100 peratus, cuma bila dah sampai sana barulah saya perlahan-lahan cari semula ‘feeling’ atas gelanggang.

“Saya tetap bersyukur sebab dapat beraksi dalam kejohanan ini walaupun doktor sebenarnya tak benarkan saya berlatih sebelum ke Jerman kerana kecederaan agak serius,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam kelmarin.

Ling Ching terpaksa bergantung kepada ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan ketika beraksi dalam acara berpasukan, namun keadaan bertambah baik ketika saingan individu.

Jelasnya, sistem 15 mata di WUG menjadikan tempo perlawanan jauh lebih pantas berbanding kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang memerlukan keputusan serta kawalan emosi lebih baik di atas gelanggang.

“Saya harap dapat beraksi lagi selepas ini. Fokus utama adalah Kejohanan Dunia, September nanti, tapi semuanya bergantung pada pemeriksaan lanjut dengan doktor,” ujarnya yang kini menyasarkan untuk menembusi kelompok 50 terbaik dunia menjelang hujung tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI