fbpx
JDT dibarisi ramai pemain bertaraf bintang dan menjadi pilihan untuk mendominasi saingan Piala FA musim baharu nanti. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

Piala FA: JDT, Selangor FC dijangka mudah ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka tidak mempunyai masalah untuk mara ke pentas final Piala FA musim 2025/2026 selepas mendapat laluan mudah pada majlis undian pusingan 16 terbaik sebentar tadi.

Harimau Selatan yang muncul juara tiga musim berturut-turut dijadualkan bertemu wakil Liga A1 Semi-pro, UM-Damansara United dan andai berjaya, bakal menentang Penang FC atau MMelaka FC di pentas suku akhir.

Sementara itu, finalis Piala FA musim lalu, Selangor FC (SFC) dijadualkan bertemu Malaysia University FC manakala Terengganu FC bakal menentang Imigresen FC.

Skuad Gergasi Merah dikatakan antara pencabar terkuat JDT musim kali ini. – Foto ihsan Selangor FC

Pasukan berpangkalan di Sarawak, Kuching FC FC bakal bertemu dengan Brunei DPMM FC sekali gus menyaksikan derbi ‘Borneo’ sebelum melangkah ke suku akhir.

Naib juara Piala FA musim 2023, KL City FC pula menentang Kelantan The Real Warriors dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) akan menghadapi tentangan PDRM FC.

Sabah FC yang dikendalikan oleh Alto Linus pula mungkin tidak berhadapan masalah mencatatkan kemenangan pada perlawanan pertama itu apabila dijadualkan bertemu satu lagi pasukan Liga A1, Bunga Raya FC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI