fbpx
Anwar pada Majlis Ilmu Madani di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada malam tadi.

Hikmah, bicara tangani perkembangan isu Gaza – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan akan kepentingan hikmah dan bicara dalam menangani perkembangan isu pembakaran al-Quran di Sweden dan konflik Gaza.

Perkara itu ditegaskan beliau dalam siri Majlis Ilmu Madani yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.

Menurut beliau, beberapa tokoh ilmuwan dan dakwah diraikan iaitu mantan Syeikh di Umum Al-Maqarii Mesir, Syeikh Dr. Ahmad Aissa Hassan El-Ma’sarawi, Pengerusi Institut Jannah dan pendidik dari Amerika Syarikat, Dr. Haifaa Younis serta Syeikh Yusuf Islam (Cat Stevens) dari United Kingdom dan Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani dari Gambia.

“Dalam Majlis Ilmu Madani kali ini, saya sentuh mengenai ikhtiar Malaysia dalam memberi respons isu pembakaran al-Quran di Sweden dan perkembangan politik antarabangsa di Gaza.

“Saya tekankan kepentingan hikmah dan bicara pada waktu dan ketika yang tepat dalam menangani perkembangan tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam masa sama, beliau berpeluang mendengar titipan hikmah dan ilmu daripada tamu yang memberi inspirasi untuk terus bekerja keras meratakan ihsan dan kasih sayang sesama manusia melalui kebaikan dan keindahan Islam.

“Saya menzahirkan penghargaan atas pandangan dan perkongsian tamu Majlis Ilmu Madani pada malam ini dan doa Syeikh Muhammad Haydara.

“Semoga majlis seperti ini memberi barakah dan manfaat untuk kita bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI