fbpx
Faisal Halim antara pemain yang bakal diturunkan pada aksi bertemu Asia Warriors malam ini. - Foto ihsan Selangor FC

Selangor FC ada strategi ampuh benam Asia Warriors

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Selangor FC menyifatkan pertemuan menentang Asia Warriors malam ini bukan sekadar aksi persahabatan, sebaliknya menjadi medan penting untuk menguji keserasian pasukan menjelang aksi sulung menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Piala Sumbangsih, 8 Ogos depan.

Pengendali The Red Giants, Katsuhito Kinoshi berkata, meskipun beberapa tonggak utama tidak dapat diturunkan ekoran terkena jangkitan influenza, barisan pemain yang lain sudah menjalani persiapan rapi bagi menghadapi cabaran daripada barisan legenda Asia itu.

“Saya sangat bangga kerana kami dipilih sebagai lawan. Perlawanan ini penting untuk memberikan minit permainan kepada semua pemain dan membentuk keserasian dalam pasukan.

“Kami masih mencari struktur permainan yang konsisten, tetapi saya gembira dengan usaha pemain. Mereka semakin faham sistem yang saya cuba terapkan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Selangor FC, semalam

Kinoshi juga akur dengan sasaran tinggi yang diletakkan pengurusan kelab untuk membawa pulang kejuaraan musim ini, namun menegaskan tumpuan utama kekal kepada peningkatan konsisten prestasi pasukan.

“Saya tahu mereka mahukan kejuaraan. Tapi bagi saya, setiap perlawanan adalah peluang untuk perbaiki diri. Kami mahu menang, tapi dalam masa sama bina pasukan yang mantap,” kata pengendali import dari Jepun itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI