fbpx
Tangkap layar menunjukkan belasan remaja menaiki motosikal sambil mengacukan sabit. - Facebook

Geng motor bawa sabit kejar penunggang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan penunggang motosikal di Bantul, Yogyakarta mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam membawa sabit sambil mengejar penunggang motosikal lain, lapor portal berita Harian Jogja.  

Kejadian berlaku sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) di Jalan Raya Srandakan, kejiranan Triharjo kelmarin. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan beberapa belas remaja menaiki motosikal sambil mengacukan senjata tajam di tengah jalan raya, dipercayai untuk menyerang sekumpulan lelaki. 

Kumpulan terdiri daripada tiga orang itu kelihatan panik dan cuba melarikan diri ketika dikejar. 

Ketua Perhubungan Awam Polis Bantul, AKP I Nengah Jeffry Prana Widnyana berkata, polis telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan. 

“Selepas polis tiba, lokasi itu lengang. Kami sedang memeriksa rakaman CCTV untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam pergaduhan bersenjata itu,” kata Jeffry. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN