fbpx
Asyraf Wajdi

6 pelajar MRSM di Melaka digantung akibat buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Enam pelajar dari sebuah institusi pengajian Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka telah digantung belajar akibat kejadian buli.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, enam pelajar itu bukan sahaja berdepan dengan hukuman gantung bahkan bakal dibuang dari institusi tersebut.

“Pagi-pagi lagi ramai tag perihal insiden buli yang berlaku di salah sebuah MRSM di Melaka. Terus saya minta laporan daripada pengurusan Mara.

“Enam pelajar tingkatan lima terlibat buli digantung dan dicadang untuk dibuang. Tak perlu merayu,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosial.

Tambah Asyraf, beliau telah tegaskan bahawa pihak pengurusan Mara tidak perlu melayan kejadian seperti ini dan tiada layanan terutamanya rayuan balik.

“Saya sudah tegaskan kepada pihak pengurusan Mara, bahawa jangan dilayani sebarang rayuan.

“Bahkan tidak perlu juga bersusah payah nak berjumpa saya untuk merayu. Sudah banyak kali diperingatkan bahawa Mara tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk buli,” katanya.

Tegasnya, apa diingini adalah melahirkan generasi pemimpin berakhlak dan beradab bukan petualang yang meranapkan nilai keagamaan dan ketamadunan.

“Saya berazam menjadikan MRSM dan Institusi-institusi pendidikan Mara sebagai zon bebas buli, insya-Allah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI