fbpx
Tangkap layar menunjukkan detik menyeramkan yang dialami tiga petugas klinik tersebut.

[VIDEO] ‘Kalau lewat tutup klinik, ‘penghuni’ tu akan tegur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga petugas sebuah klinik berdepan detik menyeramkan ketika mahu menutup operasi premis tersebut apabila salah seorang daripada mereka mendakwa lengannya ditarik kuat oleh ‘sesuatu’ yang tidak kelihatan.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Chormuss, kejadian berlaku ketika mereka sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan semuanya berkunci sebelum pulang.

“Selepas selesai tugas, kami dalam perjalanan nak balik dan sedang ‘closing’ klinik. Seorang kawan saya cari kunci tapi tak jumpa. Saya suruh dia cari dalam bilik nombor tiga.

“Dia masuk dan terus cakap rasa tak sedap hati. Tiba-tiba depan mata saya, lengannya sebelah kanan direntap kuat. Dia terus kunci bilik tu dan lari ke arah saya,” katanya.

Rakaman video berdurasi lebih satu minit itu turut memaparkan detik mereka bertiga membaca istighfar dalam keadaan cemas, sebelum kelihatan fail-fail kertas jatuh secara sendiri dari atas almari tanpa disentuh sesiapa.

Tambahnya, mereka segara keluar dari bangunan berkenaan selepas berdepan kejadian aneh tersebut.

“Rupa-rupanya sebelum itu kawan saya dah nampak kelibat dalam klinik, tapi tak nak bagitahu saya sebab takut. Lepas kejadian tu, kami terus lepak pergi makan dan balik,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna berkongsi pengalaman seram masing-masing ketika bekerja lebih masa.

“Pernah kena dekat pejabat, sorang-sorang sampai pukul 1 pagi. Baru nak lelap dekat sofa, terus rasa ada orang duduk sebelah. Sofa mendap sendiri,” kongsi Mama Zaqya.

“Biasa kalau tutup klinik lewat, memang ‘penghuni’ tu akan tegur. Saya pun dah banyak kali kena, dia nak kita balik,” kata Nor Masita.

“Duduk pejabat sampai pukul 2 pagi, dengar orang ketawa dekat pantri. Terus angkat barang dan cabut, tak tutup lampu pun,” ujar Nasrulhaq. – KOSMO! ONLINE

@chormuss Assalamualaikum wbt.. cerite nye begini.. setelah selesai tugas dkami otw nak balik .. kami nak closing klinik..saya dan 2 lg kawan sy nak periksa semua bilik Ditutup di klinik tersebut.. kawan sy cube mencari kunci xjmpe.. sy ckp la g la cari dalam bilik no 3.. die pon masuk bilik 3 .. die kate sy.. mus sy rase xsedap hati dlm bilik tu.. lepas tu kawan sy kunci bilik no 3 dgn cepat dalam mase yg same lengan sebelah kanan die ditarik rentap dgn kuat depan mate sy..kawan sy terus lari kene sy.. sy terus ckp woiii jum kite kluar bilik dgn cepat.. Alhamdulillah kami akhirnye dpat terus kluar dgn jayenye..syukur alhamdulillah kunci bahagian dpn untuk keluar pada asalnye susah jugak nak bukak.. namun berjaye juge dibuka dan kami semue berjaya untuk keluar pintu department tersebut.. sebelum tu klkawan sy bgtau sy dh nmpk jugak kelibat dalam department tersebut sebnarnye.. die xnk bgtau sy sebelum kami nk tutup klinik.. lepas tu xckp byk.. kami gerak lepak makan kat cafe then balik… ✌️aku dah inform kepade oak guard .. #real #horror ♬ original sound – Y&Y

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI