fbpx
Perkongsian PHM di Facebook.

‘Ini bukan kisah B40, ini kisah M40…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Bukan sebab kejar mewah. Tapi sekadar nak ‘survived’ 30 hari mendatang,”

Public Health Malaysia (PHM) menerusi perkongsiannya berkata, realiti perit golongan M40 yang kini semakin terhimpit dengan tekanan kewangan dalam suasana ekonomi tidak menentu.

“Baru terima gaji. Bayar rumah, kereta, penalti, belanja dapur. Akhirnya tengok akaun, ini saja yang tinggal. Ramai terpaksa buat dua hingga tiga kerja. ,” kata PHM menerusi hantaran di Facebook.

Menurut PHM, kelompok yang dahulunya dianggap selesa kini berada dalam kedudukan ‘tersepit’ tidak layak menerima sebarang bentuk bantuan kerajaan, namun dalam masa sama, tidak cukup mewah untuk terus hidup tanpa beban.

“Ini bukan kisah B40. Ini kisah M40, golongan yang dulu dianggap ‘selesa’, tapi kini paling banyak terhimpit. Tidak layak bantuan. Tidak cukup mewah untuk selesa,” kata hantaran tersebut.

PHM turut menjelaskan tekanan kewangan dalam kalangan dewasa kini menjadi salah satu penyumbang utama kepada masalah kesihatan mental seperti rasa gagal, hilang arah dan semangat.

“Malangnya, ini isu yang sukar difahami. Nak cerita pada kawan pun, mereka pun sedang terhimpit. Saudara-mara pun mungkin bertahan dalam diam,” katanya.

Dalam pada itu, PHM turut menyeru orang ramai agar terus bertahan dan tidak merasa sendirian.

“Kalau hari ini anda rasa tak cukup, rasa letih… ketahuilah, anda tidak bersendirian. Sedikit demi sedikit, kita cuba bertahan. Untuk diri. Untuk keluarga. Untuk masa depan,” pesan PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI