fbpx
Ahmad Dzaffir, Alzafny dan Mohd. Nor Yhazid.

PDRM umum pertukaran 8 pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran melibatkan lapan pegawai kanan berkuat kuasa pada 25 Ogos ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Julina Salehuddin berkata, pertukaran itu membabitkan Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Alzafny Ahmad yang dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan.

Beliau akan menggantikan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Sementara itu, Setiausaha Polis Malaysia Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Datuk Kamaruzaman Abdullah kekal di jawatan sama dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Pulau Pinang, ACP Mohd. Khairiel Mohd. Arif pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Mohd. Khairiel akan menggantikan Datuk Mohd. Nor Yhazid Idris yang dilantik sebagai Komandan Pulapol Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat dinaikkan pangkat ACP dan mengisi tempat Mohd. Khairiel.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan dengan memangku pangkat SAC.

Supt. (D8) Operasi Taktikal JSJ Bukit Aman, Superintendan Mohd. Syah Rizal Zahari pula dilantik sebagai Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi) Kelantan dengan memangku pangkat ACP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI