fbpx
GAMBAR fail menunjukkan gula putih. - Foto AFP

Saintis tukar karbon dioksida jadi gula 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Sekumpulan saintis China menghasilkan kaedah untuk menukar metanol kepada gula putih sekali gus mengurangkan keperluan untuk menanam tebu, lapo saluran  berita NDTV kelmarin.

Menggunakan sistem biotransformasi, kumpulan penyelidik itu mendakwa, gas karbon dioksida yang dikumpulkan boleh ditukar menjadi bahan makanan.

Pasukan penyelidik Institut Bioteknologi Perindustrian Tianjin membangunkan sistem biotransformasi in vitro (ivBT) yang berupaya mensintesis sukrosa daripada metanol iaitu bahan kimia rendah karbon yang diperoleh daripada sisa industri atau karbon dioksida. 

Dengan menggunakan enzim untuk menukar metanol, kumpulan penyelidik itu telah membentangkan alternatif mapan kepada pertanian tradisional.

“Penukaran tCO2 kepada makanan dan bahan kimia menawarkan strategi untuk menangani kedua-dua cabaran alam sekitar berkaitan penduduk sambil menyumbang kepada karbon neutral,” demikian menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science Bulletin. 

Penyelidik-penyelidik Tianjin mengguna pakai hasil kerja saintis Institut Fizik Kimia Dalia yang membangunkan kaedah suhu rendah untuk menukar karbon dioksida kepada metanol pada 2021.

Pasukan itu berjaya mencapai kadar penukaran yang mengagumkan sebanyak 86 peratus, menandakan pencapaian penting dalam bidang biopembuatan, kata akhbar South China Morning Post. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN