fbpx

‘Trauma, tak mahu buat konsert mega, kecil-kecilan dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aisha mengambil masa berbulan sebelum bersetuju untuk mengadakan showcase, The A.I.S.HA Experience. – SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Trauma dengan pembatalan konsert pada tahun lalu, penyanyi Aisha Retno mengambil masa berbulan sebelum bersetuju untuk mengadakan showcase, The A.I.S.HA Experience.

Menurut Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, dia amat terkesan dengan pembatalan konsert itu sehingga menyebabkan dia berasa ragu-ragu saat menerima tawaran daripada pihak penganjur LOL Asia.

“Memang pada awalnya saya berasa ragu-ragu bukan kepada pihak lain tetapi diri sendiri. Mampukah saya dari segi fizikal dan mental.

“Sejujurnya saya trauma dengan apa yang berlaku, namun saya mempercayai pihak LOL Asia yang telah menganjurkan banyak konsert tempatan dan antarabangsa.

“Jika difikirkan kembali sampai bila saya hendak berasa trauma dan tidak bergerak. Tidak mungkin saya berehat lebih setahun hanya kerana perkara lepas,” katanya pada sidang media showcase berkenaan hari ini.

Belajar daripada kesilapan lepas, Aisha meletakkan syarat untuk mengadakan konsert dengan skala kecil-kecilan kepada pihak penganjur.

“Sebenarnya selepas apa yang berlaku saya sendiri tidak percaya ada pihak yang menawarkan untuk saya buat showcase.

“Syarat yang saya letak adalah hanya buat secara kecil-kecilan sahaja. Saya tidak mahu buat konsert mega dan tidak mahu terlalu bercita-cita tinggi.

“Saya anggap showcase ini hadir pada waktu yang tepat sempena pelancaran lagu-lagu single yang akan dimuatkan dalam album Rehab,” ujar Aisha.

Showcase The A.I.S.HA Experience akan berlangsung pada 20 September depan di Jio Space, Petaling Jaya, Selangor.

Tiket showcase berharga antara RM228 sehingga RM298 akan dibuka untuk pembelian bermula pada 31 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI