PETALING JAYA – Seorang lelaki cemas apabila menerima notis pemberitahuan mengenai kehadiran individu menerusi aplikasi televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediamannya.
Menerusi perkongsian di Threads oleh @Ahmadburhanuddin, selepas membuat semakan lanjut, dia mendapati individu tersebut adalah dirinya sendiri.
“Saya buka rakaman CCTV untuk tengok siapa individu itu, rupa-rupanya muka saya sendiri masa tengah pasang panel solar,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan perkongsian lelaki tersebut..
“Abang tampan sangat, mungkin sebab itu CCTV kesan ada orang,” kata @Manpluto_.
“Nasib baik abang tidak lapor kepada polis, kalau tidak dapat malu sahaja nanti,” balas @Ahamkidd.
“Nasib baik saya baca sampai habis, baru nak komen tengok muka pun sudah tahu pencuri, maaf ya abang,” seloroh @Apiyzs. – KOSMO! ONLINE