PUTRAJAYA – Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan Kompleks Seri Perdana, di sini kira-kira pukul 9.34 malam tadi.
Bagaimanapun, usaha mendapatkan Perdana Menteri gagal apabila kenderaan yang membawanya tidak berhenti biarpun sekumpulan media berada di luar pekarangan bangunan itu.
Sebelum itu, kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mula meninggalkan Kompleks Seri Perdana kira-kira pukul 9.30 malam.
Bagaimanapun, semuanya Ahli Parlimen yang hadir tidak memberhentikan kenderaan masing-masing walaupun ditahan pengamal media.
Difahamkan, pertemuan Ahli Parlimen BN bersama Perdana Menteri itu berlangsung selama satu jam setengah.
Tidak dipastikan apa tujuan dan agenda pertemuan itu namun, ia mungkin ada kaitan bagi membincangkan isu semasa termasuk pada sidang parlimen dan perkara membabitkan badan kehakiman. – KOSMO! ONLINE