JAKARTA – Penduduk di Donggala, wilayah Sulawesi Tengah mengundang perhatian ramai kerana membawa jenazah ke tanah perkuburan dengan menaiki motosikal, lapor portal berita Detik Sumsel semalam.
Kejadian berlaku di daerah Pinembani baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @feedgramindo memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil membawa jenazah yang dibungkus dengan kain batik.
Selain diikat dengan tali, jenazah itu disandarkan pada papan kayu yang diletakkan di belakang motosikal agar tidak terjatuh.
Mereka terpaksa berbuat demikian akibat jalan rosak dan sempit sehingga tidak dapat dilalui oleh kereta dan ambulans.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Pemerintah kaya tetapi jalan tidak tahu baiki jalan,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI