fbpx

AmBank turunkan kadar faedah bermula Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – AmBank dalam notis yang dikeluarkan kepada pelanggannya hari ini mengumumkan semakan semula Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Pinjaman/Pembiayaan Asas (BLR/BFR) dan Kadar Asas (BR) berkuat kuasa Isnin, 14 Julai 2025.

SBR diturunkan daripada tiga peratus kepada 2.75 peratus setahun, BLR/BFR daripada 6.7 peratus kepada 6.45 peratus setahun, manakala BR daripada 3.85 peratus kepada 3.6 peratus setahun.

“Untuk tujuan ilustrasi dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa, kadar faedah/keuntungan efektif untuk pinjaman/pembiayaan 30 tahun sebanyak RM350,000 tanpa tempoh sekatan ialah empat peratus setahun (SBR + 1.25%).

“Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi Pusat Perhubungan kami di +603-2178 8888, ia beroperasi setiap hari dari 7.00 pagi hingga 11.00 malam atau e-mel kepada [email protected],” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI