TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon terkenal Bollywood, Ranveer Singh dilihat telah memadam semua hantaran dalam akaun Instagramnya.
Tindakan suami kepada Deepika Padukone itu mengejutkan peminat memandangkan akaunmya bukan hanya bersifat perkongsian peribadi bahkan hubungan profesional bersifat perniagaan.
Ramai yang berpendapat tindakan pelakon filem Bajirao Mastani itu adalah gimik untuk filem baharunya bertajuk Dhurandhar akan ditayangkan tidak lama. Seperti yang dijangka, peminat sebenarnya tidak perlu menunggu lama apabila Ranveer kemudiannya memuat naik video ‘trailer’ filem tersebut dalam akaun Instagramnya.
Dhurandhar memaparkan kehidupan seorang ‘spy’ akan ditayangkan pada 5 Disember depan.