fbpx

CWC: Courtois selar Neuer, pertahan Donnarumma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DONNARUMMA menangis kerana tidak menjangka tindakannya telah mencederakan Musiala ketika aksi suku akhir kelmarin. - AFP

ATLANTA – Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois membidas kritikan dilemparkan oleh kapten Bayern Munich, Manuel Neuer yang menuduh Gianluigi Donnarumma sebagai punca penyerang pasukan itu, Jamala Musiala mengalami kecederaan patah kaki.

Pada aksi suku akhir Piala Dunia Kelab kelmarin, Donnarumma dilihat cuba untuk menangkap bola yang berada dalam kawalan Musiala tetapi secara tidak sengaja mencederakan bintang muda berusia 22 tahun itu.

Disebabkan itu, Neuer menghentam tindakan penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG) itu yang dianggap tidak matang kerana membuat terjahan berisiko hingga mencederakan Musiala ketika aksi tinggal beberapa saat untuk tamat babak pertama.

Begitupun, Courtois percaya Donnarumma tidak wajar untuk dipersalahkan kerana sebagai penjaga gol, bintang Itali itu mempunyai hak untuk mengawal keadaan dalam kotak penalti.

“Kenyataan Neuer tidak berasas kerana sebagai penjaga gol, kami tidak pernah berniat untuk mencederakan pemain lawan. Situasi sama berlaku jika penyerang melakukan terjahan ke atas kami.

“Anda perlu melihat daripada sudut pandang berbeza dan apa yang terjadi hanyalah nasib buruk memandangkan Musiala disahkan patah kaki.

“Namun, saya faham kekecewaan Neuer kerana dia sebagai rakan sepasukan Musiala tetapi sepatutnya lebih arif sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” kata Courtois.

Musiala disahkan bakal menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan hanya dijangka pulih sepenuhnya pada tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI