fbpx

KTMB Shuttle Tebrau ditamatkan selepas RTS Link beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KTMB Shuttle Tebrau akan ditamatkan operasi bermula 1 Januari 2027.

JOHOR BAHRU – Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Shuttle Tebrau yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura bakal ditamatkan pada tahun 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, perkhidmatan itu akan ditamatkan susulan pengoperasian Rapid Transit System Link (RTS Link).

Menurut beliau, KTMB Shuttle Tebrau merupakan salah satu mod pengangkutan yang membawa penumpang ulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura dan mula beroperasi pada 1 Julai 2015.

“Dengan trek sepanjang 1.1 kilometer, perkhidmatan ini mampu membawa 8,635 penumpang sehari dengan kekerapan 31 trip bagi kedua-dua hala.

“Namun begitu, perkhidmatan ini akan ditamatkan dalam tempoh 6 bulan selepas RTS Link mula beroperasi pada 1 Januari 2027,” katanya kepada pemberita.

Tambah Mohamad Fazli, set keretapi KTMB Shuttle Tebrau bagaimanapun akan terus digunakan untuk menambah kekerapan perjalanan dari JB Sentral ke Stesen Kempas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI