fbpx

Pemuda maut digilis selepas tercampak dari motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA (gambar kecil) digilis sebuah lori dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang pemuda maut digilis sebuah lori selepas  tercampak dari motosikalnya dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.35 tengah hari itu, mangsa, Dahalan Ab. Wahab, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Bertam menghala ke Malim.

“Mangsa dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra yang berada di lorong kiri.

“Akibat pelanggaran itu, dia tercampak ke lorong tengah dan ketika itu datang sebuah lori dari arah sama yang gagal mengelak lalu menggilis mangsa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, pemandu MPV yang berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu lori terbabit masih belum dikenal pasti identitinya.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat.

“Usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan pemandu lori terbabit selain mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan kamera papan pemuka kenderaan lain di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI