fbpx

Selepas akad nikah terus minta cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pengantin perempuan meminta bercerai selepas akad. - Lambe Turah

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pengantin perempuan meminta untuk bercerai sejurus selepas suaminya melafazkan akad nikah, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Penukal Abab Lematang Ilir, wilayah Sumatera Selatan. 

Rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan pasangan pengantin itu sedang duduk di hadapan wali semasa akad nikah. 

Suasana ceria bertukar tegang apabila pengantin perempuan tiba-tiba mahu bercerai. 

“Saya mahu diceraikan. Saya tidak suka (perkahwinan) kerana dia (calon suami) melecehkan saya. Saya mahu bercerai,” kata wanita itu di dalam video sebelum beredar. 

Menurut pengantin lelaki, dia tidak akan menceraikan isterinya yang baru dinikahi. 

Seorang penghulu kemudian menenangkan keadaan dan meminta permasalahan tersebut dapat diselesaikan bersama keluarga. 

Masih belum jelas mengenai punca penceraian itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI