TEHRAN – Media Iran hari ini mengesahkan bahawa sebahagian daripada kemudahan pengayaan uranium Fordow serta tapak nuklear Isfahan dan Natanz diserang, lapor laman berita The New Arab.
“Beberapa jam yang lalu selepas pertahanan udara Qom diaktifkan dan sasaran musuh dikenal pasti, sebahagian daripada tapak nuklear Fordow diserang oleh serangan udara musuh,” lapor agensi berita Tasnim ketika memetik jurucakap jabatan pengurusan krisis wilayah Qom, Morteza Heydari.
Agensi berita Fars pula melaporkan bahawa pertahanan udara Isfahan dan Kashan mula diaktifkan untuk menentang sasaran musuh.
“Beberapa letupan kedengaran serentak,” lapornya. – AGENSI