fbpx

[VIDEO] ‘Mamak pun pandai princess treatment’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pekerja restoran ‘mamak’ memanyungi pelanggan wanita menarik perhatian netizen

PETALING JAYA – Tindakan mesra seorang pekerja restoran ‘mamak’ di Jitra, Kedah memayungi pelanggan wanita yang keluar dari kenderaan semasa hujan lebat dan membiarkan pelanggan lelaki kebasahan mendapat perhatian netizen.

Tular di aplikasi TikTok milik @Mirotts, menunjukkan pekerja tersebut menunggu di hadapan restoran untuk memayungi pelanggan wanita supaya tidak kebasahan ketika ingin menikmati makanan.

“Masalahnya kami yang perempuan makan kuah semua banjir. Dekat lelaki kuah sikit saja dia letak dan harga lelaki dia caj mahal,” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Kami ambik menu sama je. Perempuan ambik siap sayur dan teh ais RM8.50. Lelaki tiada air, hanya nasi dan ayam RM10.50,” komennya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa cemburu layanan istimewa dan lucu kerana layanan berbeza mengikut jantina yang diberikan.

“Yang wanita hati-hati, yang lelaki terserah,” bergurau @Put3zd.

“Alah kami yang lelaki ni pun nak dipayungkan,” komen @Callmemieyo.

“Mamak pun pandai princess treatment,” kata @Oiitktni_5. – KOSMO! ONLINE

@mirottsMasalahnya kami yang perempuan makan kuah semua banjir. Tang laki kuah sikit je dia letak & harga laki dia charge mahal 😆

♬ GRR – Fantomel

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI