fbpx

Irazabal terlepas aksi ke Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRAZABAL mengakhiri kontraknya bersama Sabah FK dan perlu mencari destinasi baharu kariernya.

HARAPAN peminat bola sepak tanah air untuk melihat pertahanan berdarah kacukan Harimau Malaya, Jon Irazabal untuk beraksi di pentas Liga Europa tidak kesampaian selepas sah meninggalkan kelab Sabah FK apabila kontraknya berakhir 30 Jun ini.

Sebagai rekod, Irazabal telah mewakili kelab gergasi Liga Azerbaijan itu sejak tahun 2022 dan berjaya membantu pasukan menjulang trofi Piala Azerbaijan sekali gus meraih tiket ke pusingan kelayakan pertama Liga Europa musim depan.

Namun, kelab The Owls itu dalam satu kenyataan mengesahkan pemain berusia 29 tahun itu akan menyertai pasukan baharu apabila kontraknya berakhir tidak lama lagi.

“Kami terpaksa mengumumkan perpisahan dengan Jon Irazabal yang sudah menyarung jersi Sabah FK sejak 2022 selepas kontraknya berakhir secara rasmi.

“Irazabal sudah beraksi sebanyak 98 perlawanan dan menjaringkan enam gol. Kami gembira dengan sikap profesional dan setia Irazabal sepanjang menyarung jersi serta memahat sejarah baharu bersama pasukan.

“Pihak kelab ucapkan selamat maju jaya kepada Irazabal dalam fasa baharu kariernya nanti,” kata kelab tersebut.

Pemain warisan kelahiran Bilbao, Sepanyol itu telah mencipta sensasi tersendiri selepas membuat debut pertama bersama Harimau Malaya untuk menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 minggu lalu.

Irazabal menjadi salah seorang daripada lima pemain warisan ‘gred A’ yang menguatkan skuad kendalian Peter Cklamovski selain Imanol Machuca, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo dan Facundo Garces.

Destinasi Irazabal dijangka terjawab dalam masa terdekat selepas dikaitkan berhijrah ke Liga Malaysia (Liga M) secara percuma atau kemungkinan kekal bersaing secara kompetitif di bumi Eropah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI