LAS VEGAS – Satu letupan dilaporkan berlaku di kawasan Las Vegas Strip di luar Aria Resort dan Kasino, lapor akhbar The Sun hari ini.
Asap dilihat menyelubungi ruang udara ketika anggota-anggota bomba cuba memadamkan api.
Dalam klip video di lokasi kejadian, pempengaruh Baby Khaled berkata, dia dan beberapa saksi lain mendengar bunyi letupan serta melihat sebuah kereta memecut pergi.
Baby Khaled berkongsi video kenderaan itu sambil berkata: “Mari cari kereta ini.”
Seorang saksi berkata di laman X: “Bom meletup di Las Vegas atau satu letupan besar.”
Masih tidak jelas sama ada kereta itu mempunyai kaitan dengan letupan yang berlaku.
Polis belum mengulas tentang letupan itu atau puncanya.
Tiada kecederaan dilaporkan. – AGENSI