fbpx

De Bruyne selamatkan maruah Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE muncul wira Belgium apabila meledak gol kemenangan menewaskan Wales 4-3 awal pagi tadi. - AFP

BRUSSELS – Pengendali Belgium, Rudi Garcia mengkritik mentaliti pasukan meskipun menang 4-3 ke atas Wales dalam aksi penuh dramatik kelayakan Kumpulan J saingan Piala Dunia 2026 di Stadium King Baudouin awal pagi tadi.

Pada perlawanan ini, Red Devils mendahului saingan 3-0 tetapi pelawat mencipta kebangkitan sensasi dengan mengikat kedudukan menjadi 3-3 sebelum bintang veteran Belgium, Kevin de Bruyne meledak gol kemenangan sebelum wisel penamat ditiupkan.

Kata Garcia, kemenangan tersebut sememangya memberi kelegaan buat pasukan dalam misi meraih slot automatik ke kejohanan bola sepak paling berprestij itu tahun depan tetapi pemain perlu terus menggandakan usaha pada aksi antarabangsa akan datang.

“Kami masih ada beberapa perlawanan kelayakan perlu diharungi pada September, Oktober dan November tahun ini. Semua perlawanan itu wajib dimenangi pasukan untuk bergelar juara peringkat kumpulan.

“Kami ada ramai pemain berkualiti tetapi mentaliti mereka perlu setara dengan bakat yang ada. Kami tidak boleh biarkan pasukan lawan bangkit seperti itu lagi dan kami sebenarnya bernasib baik menang perlawanan ini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Wales, Craig Bellamy bangga dengan barisan pemainnya dan percaya peluang untuk layak ke pentas Piala Dunia 2026 masih belum tertutup.

“Kami tidak akan beri laluan mudah kepada Belgium (layak ke Piala Dunia). Walaupun kecewa tewas, saya bangga kami mampu berikan saingan sengit kepada Belgium yang dianggap antara lapan negara terbaik dunia ketika ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI