fbpx

Nahas pelajar UPSI: KPT salur segala bantuan diperlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas membawa pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan segala bentuk bantuan yang diperlukan kepada mangsa dan keluarga mangsa kemalangan melibatkan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi tadi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menerusi hantaran di Facebook turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden menyayat hati itu.

“Salam takziah untuk keluarga mangsa kemalangan yang turut melibatkan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris awal pagi tadi. Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini.

“KPT akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan,” katanya dalam hantaran berkenaan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai 15 individu dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah Perodua Alza di JRTB, Gerik, pagi tadi.

Difahamkan bas UPSI itu dalam perjalanan ke kampus Universiti itu dari Jerteh, Terengganu.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam kenyataannya berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Banun menerima panggilan berhubung kejadian yang melibatkan 48 orang mangsa itu pada pukul 1.10 pagi.

Katanya, anggota APM yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.11 pagi mendapati kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dengan sebuah bas yang telah terbalik.

“Anggota APM telah membawa beberapa mangsa yang cedera ke Hospital Gerik, antaranya mereka yang mengalami kecederaan patah tangan, patah kaki dan cedera ringan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI