fbpx
ZALYA sangat mengambil berat soal pengurusan masa.

Zalya ‘benci’ orang tak tepati masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIADA siapa menyangka gadis je­lita berusia 23 tahun dan merupakan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah dalam bidang Pengurusan dan Teknologi Pejabat ini mempunyai minat yang tinggi dalam bidang kecantikan.

Malah, kemahirannya bersolek turut menarik minat orang ramai sehingga menjadikan Nurin Aza­lia Muhamad Azli sebagai pempengaruh di media sosial.
Berkongsi perjalanan hidup­nya sebagai seorang pengiat kecantikan, Nurin Azalia atau lebih mesra disapa Zalya turut meletakkan cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan kosmetik suatu hari nanti.

Kepada Kosmo! Ahad, Zalya sempat memberi pesan kepada golongan belia di luar sana untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu sebelum menceburi apa juga bidang termasuk menjadi seorang pempengaruh.

KOSMO! AHAD: Boleh kongsikan sedikit tentang latar belakang tentang diri anda?
ZALYA: Saya suka tengok benda yang cantik. Dari kecil, saya suka barang kosmetik sampai bercita-cita untuk ada koleksi barang kosmetik peribadi. Masa sekolah, saya selalu bawa barang kosmetik ke sekolah untuk solek kawan-kawan.

Apa yang mendorong Zalya untuk mula berkongsi kandungan di media sosial, khususnya tutorial solekan?

Ketika musim Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP), kawan saya beri cadangan untuk cuba mengembangkan bakat di Tiktok. Alhamdulillah, rezeki saya apabila video saya dapat sambutan ramai ketika itu.

Siapakah individu yang memberi inspirasi kepada Zalya dalam dunia kecantikan?

Ramai, terutamanya kawan-kawan yang tidak pernah kedekut ilmu dan sentiasa membantu dalam dunia kecantikan.

Bagaimana perjalanan Zalya sebagai pempengaruh kecantikan di TikTok dan Instagram? Apa cabaran paling besar yang pernah dilalui?

Alhamdulillah, tiada yang teruk. Cuma sebagai seorang pempengaruh, privasi dan kehidupan peribadi berpotensi menjadi tumpuan netizen. Itu risiko yang saya kena terima dan saya sangat okey.

Adakah Zalya pernah mengikuti kursus atau belajar sendiri (self-taught) dalam bidang solekan?

Tidak pernah. Saya belajar sendiri melalui video di YouTube.

Paling cepat melakukan solekan berapa lama?

Solekan biasa paling cepat mengambil masa 25 minit tetapi kalau untuk kandungan media sosial, mungkin akan sedikit lebih lama berbanding kebiasaannya.

Lima perkara yang orang tidak tahu tentang Zalya.

Seorang yang cepat marah dan sentiasa tepati masa. Bukan seorang yang lembut dan tenang terutamanya kepada orang yang tidak menepati masa.

Siapa Zalya dalam tempoh lima tahun lagi?

Pemilik produk kosmetik sendiri. Sekarang juga dalam proses mengeluarkan produk sendiri.

Ketika lapang, apa Zalya lakukan, makanan kegemaran?

Jalan-jalan sambil mencari makanan yang menarik. Makanan kegemaran saya adalah sushi.

Sampai bila mahu jadi pempengaruh?

Sampai saya rasa saya sudah tidak relevan. Buat masa ini, saya hanya berusaha yang terbaik.

Kekasih pilihan Zalya?

Sudah bertunang. Insya-Allah, akan berkahwin pada hujung tahun ini.

Nasihat Zalya kepada pempengaruh dan content creator.

Utamakan belajar. Ilmu sangat penting dalam kehidupan. Manusia tanpa ilmu ibarat tin yang kosong. Teruskan menimba ilmu selagi mampu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN