fbpx

1,056 permit sembelihan luar dilulus sempena Aidiladha di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang meluluskan sebanyak 1,056 Permit Sembelihan Luar (PSL) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut esok.

Pengarahnya, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, kebenaran tersebut diberikan selaras dengan Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009, yang membenarkan penyembelihan haiwan di luar rumah sembelih berlesen bagi tujuan keagamaan dan adat.

“Permohonan PSL telah dibuka mulai 21 Mei hingga 5 Jun lalu melibatkan lima daerah di negeri ini.

“Seberang Perai Tengah merekodkan jumlah permit tertinggi iaitu 375 permit, diikuti Seberang Perai Utara (288), Seberang Perai Selatan (170), Barat Daya (130) dan Timur Laut (93),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 4,220 ekor haiwan ternakan dijangka dikorbankan sempena ibadah korban tahun ini dan daripada jumlah itu, 3,363 ekor adalah lembu, diikuti kambing (777), kerbau (19), bebiri (56) dan unta (5). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI