fbpx

Bekas jurulatih Chelsea pilihan kelab Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARRI hanya menanti masa diumumkan secara rasmi sebagai ketua jurulatih Lazio musim depan. - AFP

ROM – Lazio akhirnya memutuskan untuk kembali mendapatkan khidmat bekas ketua jurulatihnya, Maurizio Sarri sebagai pengendali baharu pasukan itu menghadapi saingan musim depan.

Sarri, 66, dikatakan telah mencapai persetujuan berhubung terma-terma kontrak ditawarkan Lazio dan kini hanya menanti masa diumumkan secara rasmi selepas ini.

Kepulangan bekas pengendali Chelsea itu ke Stadio Olimpico dilihat hadir pada waktu tepat meskipun beliau pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai pengendali Lazio lebih setahun lalu.

Difahamkan, Sarri ditawarkan kontrak dua tahun dengan tambahan 12 bulan sekiranya berjaya memastikan Lazio melayakkan diri ke mana-mana pertandingan Eropah dalam tempoh tersebut.

Perbincangan antara ejen Sarri dan Pengarah Sukan Lazio, Angel Fabiani dikatakan berjalan lancar, cumanya masih berunding dari segi jumlah gaji, namun dijangka tiada masalah untuk mencapai kata sepakat.

Sarri menunjukkan keputusan memberangsangkan ketika musim pertama bersama Lazio dari 9 Jun 2021 hingga 12 Mac tahun lalu.

Menariknya, Sarri berjaya memastikan Lazio beraksi dalam kejohanan Eropah sepanjang tiga musimnya bersama Lazio dengan statistik 67 kemenangan, 30 seri dan 42 kekalahan daripada semua 139 perlawanan.

Tanpa Sarri, Lazio musim ini yang dikendalikan Marco Baroni gagal memastikan kelab itu layak ke Eropah apabila menamatkan kempen Serie A di tangga ketujuh menyebabkan beliau melepaskan jawatannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI