MANCHESTER – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United tidak menunggu lama untuk berbelanja besar selepas mengesahkan kehadiran penyerang kelahiran Brazil, Matheus Cunha sebentar tadi.
Menurut laporan, United telah mengeluarkan dana sebanyak £62.5 juta (RM358.3 juta) untuk menebus klausa kontrak Cunha bersama Wolverhampton Wanderers.
Sebagai rekod, Cunha dianggap sebagai penyerang prolifik EPL musim lalu apabila meledak 33 gol dalam 92 penampilan bersama Wolves.
Malah, Cunha yang baru berusia 26 tahun telah meraih 13 kaps antarabangsa bersama Brazil dan pernah menyarung jersi beberapa kelab utama Eropah seperti RB Leipzig, Hertha Berlin dan Atletico Madrid sebelum berhijrah ke Wolves pada 2023.
United yang dikendalikan oleh Ruben Amorim telah dikritik hebat musim lalu apabila gagal menjulang sebarang trofi selain menduduki tangga ke-15 EPL.
Malah, The Red Devils mengharungi kekalahan memalukan apabila tewas 0-1 kepada ASEAN All-Stars dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lepas. – AGENSI