fbpx

CEO anak patung dapat RM7 bilion satu hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Wang Ning bersama patung Labubu. - Foto Pop Mart

WASHINGTON – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pop Mart, Wang Ning pernah mendapat pendapatan AS$1.6 bilion (RM7 bilion) dalam sehari disebabkan populariti anak patung Labubu keluarannya, lapor portal berita Hindustan Times semalam.

Populariti anak patung itu cukup hebat sehingga menyebabkan hampir rusuhan di kedai, menjadi kegemaran selebriti dan menambah berbilion-bilion dolar kepada kekayaan penciptanya. 

Anak patung ini menjadi aksesori terhangat musim ini dan dilihat digantung pada  beg mewah milik selebriti seperti Lisa Blackpink, Rihanna, sosialit Singapura, Jamie Chua dan aktres India, Ananya Pandey.

Menurut laporan Forbes April 2025, Wang menjadi kaya dengan memperoleh AS$1.6 bilion dalam satu hari hasil daripada populariti syarikatnya yang melonjak di Amerika Syarikat. 

Aplikasi Pop Mart paling banyak dimuat turun di AS.

Walaupun ketegangan perdagangan antara China dan AS, rakyat Amerika beratur berjam-jam untuk membeli anak patung Labubu.

Menurut Forbes, anggaran nilai bersih Wang ialah AS$18.7 bilion (RM79 bilion). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI