fbpx

20 dron pertanian bernilai RM1.56 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raizam (kiri) menunjukkan dron yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM WPKL, hari ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 20 unit dron disyaki digunakan dalam sektor pertanian bernilai RM1.56 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKDM).

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Raizam Setapa @ Mustapha berkata, rampasan tersebut dilakukan melalui penahanan sebuah kontena di Pelabuan Utara, Klang pada 23 April lalu.

Menurutnya, pemeriksaan bersama pegawai SIRIM Berhad telah menemui dagangan elektronik disyaki dron.

“Sebanyak 20 unit dron dirampas dengan anggaran nilai sebanyak RM1.56 juta melibatkan cukai berjumlah RM78,000.

“Pengimportan dagangan elektronik jenis dron memerlukan sijil kelulusan daripada SIRIM Berhad sebelum dibawa masuk ke Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM WPKL, di sini hari ini.

Raizam berkata, semakan mendapati barangan dagangan itu diikrarkan sebagai ‘kitchen towel’ (kain dapur) bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, dron berkenaan disyaki dibawa masuk dari sebuah negara di Asia untuk pasaran tempatan bagi kegunaan sektor pertanian.

“Ini merupakan kes pertama membabitkan dron. Bagi kes ini, kita telah merekodkan keterangan beberapa individu termasuk ejen bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967,” ujarnya.

Sementara itu, Raizam berkata, pihaknya turut merampas 21,351 liter minuman keras tidak bercukai bernilai RM2.81 juta di Pelabuhan Utara, Klang pada 7 Mei lalu.

Katanya, rampasan itu dibuat susulan penahanan sebuah kontena yang mengikrarkan dagangan sebagai barangan perabot. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI