PETALING JAYA – Aksi seorang remaja lelaki bermain bola di dalam rumah sehingga merosakkan televisyen mendapat perhatian ramai apabila digantikan dengan yang baharu.
Video perkongsian oleh @Mohdazuan301 di TikTok memaparkan tindakan remaja itu mengambil televisyen di dalam bilik untuk digantikan dengan peralatan yang rosak selepas terkena bola.
“Marah tapi bercampur baur geli hati, tengok gelagat orang tengah cuak,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Kebanyakan netizen memuji sikap remaja lelaki tersebut yang pantas bertindak selepas kejadian mencemaskan tersebut.
“Bijak dik! Maksudnya otak awak berkembang untuk cari jalan penyelesaian walau apa jua yang terjadi,” kata @SirHadi.
“Bagus ‘critical thinking’ adik ini, sekurang-kurangnya boleh melambatkan proses kantoi,” ujar @HyeNj.
Selain itu ada pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman masing-masing selepas merosakkan peralatan rumah dan menyifatkan ia sebagai ‘mimpi buruk’ dalam hidup mereka.
“Dik, akak dulu terpecahkan televisyen emak akak, terus baca Yasin buat solat hajat sebelum emak bapa balik tapi masih kena pukul juga,” kongsi @Nanieysakura.
“Anak saya umur 13 dan 15 tahun main badminton dalam rumah. Dia lompat pukul bulu tangkis kena lampu pecah bersepai. Bapa dia ada di rumah memang kena bebel, tapi kejap sahaja sebab (segera) telefon kawan suruh betulkan,” kata @Elakarmila. -KOSMO ONLINE