fbpx

Chebet hampir pecahkan rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEBET mengungguli acara 3,000m Liga Berlian Rabat dengan masa 8:11.56s, kurang enam saat lagi untuk memadam rekod dunia. - AFP

RABAT – Pelari jarak jauh Kenya, Beatrice Chebet hampir mencipta sejarah baharu apabila mencatat masa kedua terpantas sepanjang zaman bagi acara 3,000 meter (m) wanita pada Liga Berlian Rabat, Maghribi semalam.

Juara Olimpik dua kali itu menamatkan perlumbaan dengan catatan luar biasa lapan minit 11.56 saat (s), hanya enam saat di belakang rekod dunia milik pelari legenda China, Wang Junxia yang dilakukan sejak 1993.

Catatan di Stadium Prince Moulay Abdellah itu bukan sahaja memperbaharui rekod Liga Berlian, malah mengukuhkan status Chebet sebagai pencabar utama bagi rekod dunia dalam kejohanan akan datang.

“Saya sangat gembira. Larian ini sangat bermakna dan saya akan terus mengejar impian untuk mencipta sejarah,” kata Chebet.

Nadia Battocletti dari Itali meraih tempat kedua dengan rekod kebangsaan baharu 8:26.27s, diikuti Sarah Healy dari Ireland di tempat ketiga menerusi catatan 8:27.02s.

Dalam acara 800m lelaki, Tshepiso Masalela dari Botswana mencipta kejutan apabila mengetepikan juara Olimpik, Emmanuel Wanyonyi dengan larian menakjubkan untuk menang menerusi catatan masa 1:42.70s sekali gus mencipta rekod kejohanan.

Sementara itu, jaguh pecut Afrika Selatan, Akani Simbine terus cemerlang dalam acara 100m apabila meraih kemenangan ketiga musim ini dengan catatan 9.95s, menewaskan Ferdinand Omanyala dan Fred Kerley.

“Saya rasa hebat dan sangat berpuas hati. Beraksi di tanah Afrika di depan penonton seperti ini sangat membanggakan,” kata Simbine. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI