TERSENGIH seorang diri Diva selepas menonton sepotong video TikTok memaparkan pelakon meningkat naik, Evertts Gomes yang mengakui sukakan Siti Khadijah Halim.
Katanya, dia memang menanti peluang untuk bekerja bersama Siti Khadijah kerana kagum dengan lakonan aktres tersebut.
“Saya ‘crush’ dan nak sangat bekerja dengan Siti Khadijah sebab sangat suka hasil kerja dia.
“Dia ‘new sensation’, tetapi kalau idola, saya pilih Ellie Suriaty,” ujarnya dalam sebuah temu bual baru-baru ini.
Diva pun tak nafikan hasil kerja Siti Khadijah memang bagus dan layak untuk digandingkan dengan mana-mana pelakon hebat.
Cuma pelik juga Siti Khadijah sekarang macam sedikit sepi. Mungkin sibuk dengan lakonan agaknya.
Harapnya impian Evertts nak satu skrin dengan Siti khadijah tercapai ya.
DIVA: Teringin pula nak rasa kek air tangan anak perempuan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.