fbpx

Vince Group Vision Fund raih pelaburan RM35 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Urusan Vince Group, Datuk Vincent Nee (dua dari kiri) berjabat tangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Crewstone, Datuk Izmir Mujab pada majlis pemeteraian perjanjian antara dua syarikat tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Firma ekuiti swasta, Crewstone International dan penyedia perkhidmatan hartanah, Vince Group baru-baru ini meraikan kejayaan mengumpul pelaburan berjumlah RM35 juta dalam tempoh kurang dua minggu yang bakal dilaburkan dalam industri hartanah tempatan.

Vince Group Vision Fund L.P. telah didaftarkan secara rasmi dalam tempoh hanya sebulan selepas perjanjian perkongsian ditandatangani kedua-dua syarikat pada 19 Mac 2025.

Pendaftaran pantas dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan itu menunjukkan kecekapan dan profesionalisme kerjasama, meletakkan dana tersebut untuk penggunaan dan pertumbuhan pantas.

Dengan rangkaian Crewstone, pergerakan pelaburan yang agresif dan bimbingan pakar, pasukan tersebut telah berjaya memperoleh RM35 juta daripada pelabur dalam masa kurang daripada dua minggu selepas pendaftaran dana.

Kedua-dua syarikat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama berkata, pencapaian luar biasa itu menyerlahkan selera pasaran dan keyakinan pelabur terhadap visi Vince Group untuk menubuhkan ekosistem hartanah bersepadu pertama di Malaysia.

“Pelabur kekal optimistik tentang potensi Vince Group untuk membangunkan platform komprehensif yang menawarkan penyelesaian pelaburan dan pengurusan hartanah hujung ke hujung.

“Dana ini akan memfokuskan kepada pemerolehan hartanah yang didorong nilai dan berkualiti tinggi untuk pengubahsuaian serta penjualan semula, memastikan penggunaan modal yang cekap dan pulangan maksimum.

“Selain itu, ia akan menyediakan perkhidmatan sebelum jualan dan pasca jualan yang terbaik dalam kelasnya, memberikan pengalaman yang lancar dan optimum untuk pembeli serta pelabur hartanah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI