fbpx

Enotech pacu pembukaan WCGC Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pemain bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan WCGC di Kelab Golf Seri Selangor semalam.

PETALING JAYA – Cabaran Golf Korporat Dunia (WCGC) Malaysia kembali menggegarkan dunia sukan golf apabila pusingan pertama yang diadakan di Kelab Golf Seri Selangor di sini berlangsung meriah dengan penyertaan 52 pasukan korporat.

Kejohanan anjuran Enotech itu melibatkan empat pusingan dan perlawanan seterusnya akan diadakan di Kelab Golf Tropicana di sini pada 24 Jun depan.

Enotech dalam satu kenyataan berkata, pusingan pertama melibatkan penyertaan 104 pemain yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan serta jaringan melalui sukan golf.

“Pasukan yang muncul juara di peringkat akhir kebangsaan bakal mewakili Malaysia di WCGC World Final, yang akan berlangsung di Kelab Golf PGA Anying, Shanghai, China dari 19 hingga 23 Oktober.

“WCGC membuka peluang syarikat korporat di Malaysia untuk berada di atas platform unik dan berdaya saing,” katanya.

Pada kejohanan semalam, tempat pertama dimenangi oleh pasangan dari Megar Jaya 1, Syah Rizal Basri dan Mohd Rizal Mohd. Sahibek.

ENOTECH merupakan penaja utama bagi WCGC Malaysia, disokong oleh penaja-penaja utama lain seperti Konsortium Jaringan Selangor, Spectrum Outdoor, Simple Advantage, World Klang Group, KUSEL, Avisena Healthcare, Les Copaque Production Sdn. Bhd. dan Cuckoo Malaysia serta disokong oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI